Ads
Bekas Tonggak JDT, Helio Neto Sertai Kelab Brazil
UltraSukan
JDT Futsal

Selepas memilih meninggalkan skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Helio Neto sudah mempunyai destinasi baru.

Advertisements

Ini selepas kelab Brazil, Cruzeiro mengumumkan Neto sebagai pemain terbaru pasukan futsal kelab berkenaan. Pengumuman ini sekaligus menafikan laporan sebelumnya yang menyatakan beliau akan berkelana ke Thailand selepas meninggalkan Harimau Selatan.

Advertisements

“Satu lagi perangsang kepada pasukan terbesar! Selamat datang Helio Neto, mari kita mengembara di atas jalan ini bersama-sama,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements
Advertisements

Sebaik perpindahan ini diumumkan, ramai rakan sepasukan lama Neto di JDT mengucapkan selamat berjaya kepada beliau. Antara yang berbuat demikian ialah Azri Rahman dan Caio Cesar.

Sebelum berkelana di Malaysia, Neto pernah beraksi di Thailand untuk kelab Bluewave Chonburi. Beliau kemudiannya menyertai Selangor TOT United (kini Gombak TOT United) pada 2023 sebelum menyertai JDT untuk musim 2024.

Advertisements

Meskipun sempat beraksi sebanyak tujuh perlawanan bersama Harimau Selatan, Neto memastikan pasukan itu memiliki rekod kemenangan 100% dalam Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).

Advertisements

JDT kemudiannya mendapatkan Bruno Taffy sebagai pengganti Neto untuk baki kempen Divisyen 1 MPFL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram