Asia Tenggara
Saddil Ramdani
Advertisements

Pemain sayap sensasi Timnas Indonesia, Saddil Ramdani memuat naik satu kenyataan yang menggambarkan isi hatinya ketika ini.

Bintang berusia 25 tahun itu merupakan pemain utama di peringkat kelab sejak beberapa musim kebelakangan ini bersama The Rhinos.

Beliau juga menjadi taruhan ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee sehingga berjaya membantu kecemerlangan Sabah di pentas Piala AFC.

Advertisements

Bekas pemain Bhayangkara itu bagaimanapun masih gagal untuk menambat hati ketua jurulatih, Shin Tae-yong apabila digugurkan dari skuad Indonesia di Piala Asia 2023.

Pengumuman yang dibuat oleh Timnas Indonesia itu menyaksikan posisinya diisi oleh pemain berpengalaman, Adam Alis bagi menerajui cabaran pasukan di Qatar.

Rata-rata peminat jelas tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut namun Saddil akhirnya tampil bersuara.

Advertisements

Menerusi satu hantaran di laman Instagram beliau, Saddil memberitahu bahawa beliau mahu terus berusaha keras dan tidak berputus asa.

“Jangan pernah menyerah. Bekerjalah di mana anda dihargai. Ingatlah bahawa undang-undang alam tetap berkuat kuasa,” ujarnya.

96FD20D7 C559 4F67 A8A6 2ACD20B38A94 “Bekerjalah Di Tempat Anda Dihargai” - Saddil Ramdani

Pada musim ini, Saddil sudah meledak 7 gol dan 9 bantuan gol dalam 18 penampilan Liga Super 2023 sementara 6 bantuan gol disumbangkan di pentas Piala AFC 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram