Advertising
Benjamin Mora Kini Jurulatih Baharu York United
Transfer
MakanBola
Canadian Premier League

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora melebarkan karier kejurulatihannya ke Kanada selepas disahkan menjadi jurulatih baharu bagi kelab York United.

Mora yang berusia 44 tahun diperkenalkan sebagai jurulatih baharu York United melalui satu video pendek yang dimuatnaik kelab divisyen tertinggi Kanada itu.

Ad

Rekod kejayaan lampau Benjamin Mora membuatkan York United tertarik untuk mendapatkan khidmat jurulatih kelahiran Mexico ini.

Ad

“Kejayaannya di Malaysia memastikan peluang besar bersama gergasi Liga MX, Atlas. Dalam kempen sulungnya, dia membawa perjalanan pasukan itu ke suku akhir Clausura. Secara keseluruhannya, daripada 41 perlawanan beliau, pasukan itu berjaya mencatatkan 13 kemenangan dan 14 seri. Mereka menjaringkan 61 gol dan mengekalkan 11 gol.

“Sebagai Ketua Jurulatih, Benjamin Mora telah mengendalikan 190 perlawanan dan meraih 115 kemenangan untuk peratusan kemenangan 63%,” kongsi York United.

Ad

Tugas pertama Mora adalah pada 10 Jun ini dalam aksi Liga Premier Kanada di antara York United dan pasukan di tangga kedua liga, Vancouver FC.

Ad

York United kini berada di tangga kelima Liga Premier Kanada dengan merekodkan 10 mata selepas 3 perlawanan yang diharungi. Dengan aksi liga yang baru bermula, magis Mora dijangka akan terus ditagih untuk memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan lain.

Ad