Benjamin Mora Mula Langkah Kanan
Eropah
Atlas FC
Advertisements

Ketua jurulatih Atlas FC, Benjamin Mora mempamerkan belang pada permulaan musim 2023/2024 di Liga Mexico.

Pengendali berusia 45 tahun itu memasuki musim keduanya bersama Los Rojinegros kembali mendapat sentuhan pentingnya musim ini.

Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) ini pada memulakan langkah cemerlang pada awal musim lalu namun kembali terumbang-ambing memasuki penghujung musim yang menyebabkan Atlas terpaksa berpuas hati di tangga ke-9 Liga MX.

Advertisements

Pencapaian ini sudah pasti mahu ditebus dengan persiapan rapi dijalankan bagi memastikan pasukan bersiap sedia menghadapi saingan musim baharu.

Dalam aksi berdepan Cruz Azul di halaman sendiri, Atlas berjaya membuka tirai perlawanan musim ini dengan kemenangan 2-0 Aquirre dan Rocha untuk memungut 3 mata penting.

Mora juga dilihat sudah memiliki gabungan kesebelasan terbaik dengan beberapa muka baharu sudah dibawa masuk pengurusan untuk menyokong percaturan pengendali Mexico ini.

Advertisements

Atlas kini berada pada tangga kedua liga dengan mengumpul tiga mata setakat ini.

Atlas dijadualkan berdepan Monterrey bagi aksi kedua liga dalam usaha mengekalkan momentum terbaik pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram