Benjamin Mora Bimbing Juara Liga China, Wuhan Three Towns
MakanBola
Johor Southern Tigers

Selepas dikaitkan dengan liga Indonesia, bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora memilih berkelana ke bumi China.

Ini selepas kelab Chinese Super League (CSL), Wuhan Three Towns mengumumkan beliau sebagai jurulatih baharu pasukan itu.

Jurulatih berusia 46 tahun itu dibawa masuk sebagai pengganti jurulatih China, Deng Zhuoxiang. “Selamat datang ke Wuhan, Benjamin Mora,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Pengumuman ini turut menamatkan desas-desus tentang destinasi pilihan Mora selepas meninggalkan kelab Mexico, Queretaro.

Sebelum ini, bekas jurulatih Harimau Selatan itu dikaitkan dengan kerusi panas kelab Indonesia, Persebaya Surabaya.

Walau bagaimanapun, Persebaya kemudiannya memilih bekas jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares sebagai pengendali baharu mereka.

Ini kali kedua Mora berkelana ke Asia selepas bersama JDT dari 2018 hingga 2022. Selain JDT dan Queretaro, beliau juga pernah melatih Atlas, York United dan Atletico Chiapas.

Semasa bersama JDT, beliau membantu kelab itu muncul juara Liga Super sebanyak dua kali dan Piala Sumbangsih.

Sentuhan Mora dijangka ditagih Wuhan untuk kembali mencabar gelaran juara CSL. Ini kerana pasukan itu pernah bergelar juara liga pada 2022.

Gelaran juara CSL ketika ini dipegang Shanghai Port. Sejak kelab itu dibimbing jurulatih Australia, Kevin Muscat, Shanghai telah bergelar juara liga tiga musim berturut-turut.

Claim Money Packet TnG