Beraksi Lawan New Zealand? Ini Respon Mats Deijl
MakanBola
Go Ahead Eagles
Sponsors

Pertahanan kental Go Ahead Eagles, Mats Deijl memberi respon tentang penantiannya untuk mewakili Harimau Malaya.

Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini sudah pun menghubungi Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti dan memaklumkan bahawa beliau berhasrat untuk mewakili negara.

Ad

Usaha itu diteruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila pemain kelahiran Belanda itu telah menyerahkan dokumentasinya untuk diproses.

Ad

Beliau memaklumkan bahawa segala dokumen hadir dari Jerman iaitu daripada datuknya yang berketurunan Malaysia namun kini menetap di sana.

Deijl dalam satu sesi audio siar terbarunya memaklumkan bahawa usaha untuk menyarung jersi Harimau Malaya makin hampir.

Ad

“Kertas kerjanya sudah selesai. Segala dokumen yang mereka minta telah pun saya serahkan iaitu sijil lahir datuk saya.

Ad

“Segala dokumen yang diperlukan untuk saya mewakili Malaysia telah pun sampai kepada pihak yang berkepentingan (FAM). Secara dasarnya, semuanya sudah selesai,” katanya kepada Tijgerbalsem menurut perkongsian Frfuturetalents.

Ad

Beliau bagaimanapun memberi bayangan bahawa aksinya akan dapat dilihat seawal Disember.

“Sekiranya saya mendapat pasport, saya boleh mewakili Harimau Malaya. Saya amat menantikan detik itu. Sekiranya boleh beraksi seawal Disember, itu sangat luar biasa,” jelasnya.

Hal ini memberi bayangan bahawa beliau masih tidak dapat beraksi pada bulan Oktober menentang New Zealand dan satu lagi kelab Ocenia dengan skuad negara akan berdepan India pada bulan November.