Berbincang Dengan FAM? Ini Respon Kobe Chong
MakanBola
Sutton Coldfield Town FC
Sponsors

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong telah berkongsi responnya mengenai desas-desus perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Beliau ketika ditemui oleh Keesh Sundaresan di Stadium Astro memberitahu bahawa beliau cukup teruja berada di Malaysia.

Ad
Sponsors

Pemain berusia 22 tahun itu difahamkan pulang untuk melengkapkan dokumentasinya selain melihat peluang untuk beraksi bersama kelab di Liga Super Malaysia.

Ad

Kobe Chong memberi respon penting ketika ditanya mengenai desas-desus untuk berbincang mengenai masa depannya untuk mewakili Harimau Malaya.

“Ejen lama saya yang saya pernah bekerjasama dahulu, sudah tentu beliau ada berhubung dengan FAM. Mereka juga cuba mendapatkan maklumat pasport daripadanya sebelum ini. Namun begitu, saya tak lagi bersama dengan agensi itu.

Ad

“Sudah tentu berkenaan FAM, sudah pasti proses naturalisasi boleh dilaksanakan bila anda mempunyai kelab. Saya akan bersabar tetapi ya, beberapa kelab ada berhubung terutama sebelum perpindahan pertama. Dan itu sudah tentu sebelum (kelab saya sekarang), King’s Lynn Town.

Ad

Bekas pemain Cagliari di Serie A itu juga memaklumkan bahawa beliau sering menerima pertanyaan untuk beraksi bersama beberapa buah kelab di Liga Super.

Ad

“Saya ada beberapa orang yang menghantar mesej kepada saya, ‘Anda mahu datang ke kelab ini? Anda mahu datang ke kelab itu?’ Tapi saya sudah sertai kelab itu dan lihat apa yang berlaku seterusnya.

“Tapi ya, ada perbincangan dari Malaysia (kelab) ada tetapi itu bukan sesuatu yang serius,” ujarnya kepada Stadium Astro.

Sebelum ini, Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menafikan khabar angin bahawa JDT berminat untuk mendapatkan khidmat Kobe Chong.