Bergson Da Silva: Duduk Di JDT Sentiasa Dahagakan Kejayaan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva menjelaskan bahawa pemain yang berada di JDT sentiasa dahagakan kejayaan.

Ianya berjaya dibuktikan apabila JDT menjulang dan mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas membelasah Selangor FC 6-1 di pentas akhir pada Sabtu.

Ad

“Kami membuat persediaan yang banyak untuk perlawanan ini (menentang Selangor). Semua perlawanan akhir, kami buat seperti ini. Kami buat persediaan dan tunjukkan karakter kami.

Ad

“Kami perlu ucapkan terima kasih kepada bos (Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim) untuk terus menekan kami membangun dalam momen-momen penting musim ini.

“Kami tidak boleh duduk berehat dalam kelab ini. Kami tidak boleh berpuas hati. Kami perlu sentiasa dahagakan (kejayaan),” jelas Bergson ketika ditemubual MakanBola.

Ad

Pada aksi final pada Sabtu, Juan Muniz menjadi wira JDT apabila meledakkan hatrik buat pasukannya selain Bergson, Heberty dan Arif Aiman turut pamer bisa meledak satu gol bagi menghadiahkan kemenangan besar 6-1 buat JDT.

Ad

Gol saguhati Selangor dijaringkan Alvin Fortes pada minit ke-59.

Ad

Ini merupakan kejuaraan kali ketiga berturut-turut buat JDT dalam pentas Piala FA selepas turut memenanginya pada edisi 2022 dan 2023.