Berita JDT Lawan Valencia Mestalla Muncul Di Sepanyol
MakanBola
JST/VCF
Sponsors

Nama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini jadi bualan di Sepanyol apabila dikhabarkan bakal menentang Valencia Mestalla dalam aksi pra-musim.

Kelab Milik DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sebelum ini dimaklumkan dalam perancangan untuk mengatur aksi pra-musim di Arab Saudi menjelang musim baharu.

Ad
Sponsors

Walau bagaimanapun, menurut laporan terbaru dari media Sepanyol, Relevo, satu aksi persahabatan antara JDT dan Valencia Mestalla yang dijangka akan diadakan di Sepanyol.

Ad

Aksi ini dijangka tercapai hasil hubungan akrab yang terjalin antara DYAM Tunku Mahkota Ismail serta Peter Lim, pemilik Valencia CF, yang telah lama menjalin kerjasama erat dalam pelbagai aspek.

“Foto (DYAM Tunku Mahkota Ismail) bersama Peter Lim dan Kiat Lim serta hantaran media sosial dengan logo Valencia CF.”

Ad

“Spekulasi susulan semua peristiwa yang disebut itu memang tidak sedikit, tetapi realitinya sehingga hari ini semuanya hanya membawa kepada satu perkara.”

Ad

“(Iaitu) JDT, kelab milik DYAM Tunku Mahkota Ismail yang disebut itu akan bermain dalam perlawanan persahabatan pramusim menentang Valencia Mestalla,” lapor Relevo.

Ad

Menariknya, lawan JDT itu bukanlah skuad utama Valencia sebaliknya adalah feeder club untuk pasukan juara La Liga musim 2003-2004 tersebut yang dibarisi oleh pemain muda berbakat.

“Kelab Malaysia itu akan menjalani pra-musim di Sepanyol dan terdapat hubungan antara kedua-dua kelab untuk mengatur perlawanan persahabatan semasa pramusim,”

“Ia bukanlah menentang pasukan utama Valencia, akan tetapi berdepan pasukan simpanan mereka (Valencia CF Mestalla),” ujar media Sepanyol itu pada Jumaat yang lalu.

Masih belum ada sebarang pengesahan rasmi dari mana-mana pihak baik JDT mahupun Valencia mengenai aksi ini tatkala kelab Sepanyol itu masih lagi fokus dalam saingan domestik.

Sepanyol bukanlah tempat yang asing buat JDT oleh kerana pasukan Harimau Selatan itu pernah mengadakan aksi pra-musim di negara Eropah itu pada April 2024 dan bertemu 7 kelab di sana.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments