JDT Bakal Terbang Ke Sepanyol, 7 Lawan Handalan Menanti
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim akan terbang ke bumi Sepanyol bagi menjalani kempen pra-musim sebelum saingan Liga Malaysia 2024/2025 bermula.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik laman OfficialJohor, kelab dari selatan tanah air itu memaklumkan bahawa mereka bakal berkampung selama dua minggu di sekitar Alicante, Sepanyol.

Skuad bimbingan Hector Bidoglio akan menguji kekuatan sebenar pasukan apabila akan berdepan tujuh siri perlawanan persahabatan.

Advertisements

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjalani kempen pramusim di Sepanyol dari 14 hingga 30 April dengan tujuh perlawanan persahabatan bakal dihadapi dalam tempoh dua minggu. Harimau Selatan akan berpangkalan di Melia Villaitana Football Centre di perbandaran Benidorm di Alicante, Sepanyol.”

Pramusim kali ini juga akan menjadi medan uji buat pemain-pemain yang baru sahaja ditandatangani JDT untuk memantapkan skuad musim ini. Nama-nama seperti Jalil Elias, Chigo Geraldes dan Murilo pastinya akan menjadi perhatian peminat dan penyokong tegar JDT.

Advertisements

“Selepas kempen pramusim yang menggalakkan sebelum ini di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, JDT teruja untuk menghadapi cabaran baharu di Sepanyol untuk persiapan skuad Harimau Selatan menghadapi musim 2024-25. Luaskan Kuasamu Johor,” tulis JDT.

Saingan Liga Malaysia dijangka bermula pada bulan Mei 2024. Persiapan rapi JDT ini dilihat sebagai permulaan yang baik untuk mengekalkan takhta kejuaraan di dalam negara seterusnya menjadi titik kebangkitan Harimau Selatan di pentas Asia kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram