Advertising
Berita Rob Friend Buat Peminat Harimau Malaya Tak Senang Duduk
MakanBola
FA Malaysia

Berita daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend membuatkan Harimau Malaya semakin bersemangat.

Beliau dalam satu kenyataan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa usaha untuk mendapatkan pemain warisan baharu buat skuad kebangsaan semakin hampir menjadi realiti.

Ad

“Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.

Ad

“Kami berharap ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac.

Usaha ini juga bagi memastikan Harimau Malaya dapat mempamerkan aksi terbaik menjelang sepak mula Kelayakan Piala Asia 2027.

Ad

“Pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya,” ujarnya kepada FA Malaysia.

Ad

Berita tersebut jelas menimbulkan kegembiraan dalam kalangan peminat untuk melihat calon pemain warisan Gred A yang bakal menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Ad

Sebelum ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail memberi bayangan bakal ada beberapa pemain kelas tertinggi Eropah yang bakal membantu cabaran Malaysia.

“Kami telah mengenal pasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini.

“Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” ujar Tunku Ismail di laman X.

Ujian awal Harimau Malaya adalah aksi menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal pada 25 Mac ini.