Aksi Thai League 1 antara pasukan Muangthong United dan BG Pathum United menyaksikan pemain tengah, Chanatip Songkrasin asyik diperhatikan.
BG Pathum bagaimanapun tidak mampu untuk meneruskan kemaraan selepas tewas dengan keputusan 2-0.
Perlawanan ini bagaimanapun tertumpu kepada perbezaan ketinggian kapten Thailand, Chanatip ketika beliau beraksi dengan barisan import pasukan.
Sebelum aksi bermula, lensa kamera tertumpu kepada persediaan kedua-dua pasukan untuk memulakan aksi.
Perbezaan ketinggian antara Chanatip dan juga pertahanan tengah BG Pathum, Saydine N’Diaye mencuri tumpuan.
Chanatip merupakan pemain berketinggian 1.63 meter manakala Seydine merupakan pemain paling tinggi iaitu 2.05 meter menunjukkan perbezaan yang ketara.
Pemain kelahiran Niger itu baru sahaja menyertai pasukan pada jendela perpindahan kedua ini dan sudah beraksi sebanyak tiga perlawanan.

BG Pathum United menghuni tangga ke-4 liga dengan 33 mata, 6 mata dipisahkan dengan pendahulu liga, Buriram United.
Video: Muangthong United vs BG Pathum United