Advertising
Chanatip Songkrasin Tersisih Dari Skuad Akhir Thailand Ke Piala Asia
Asia Tenggara
MakanBola
Changsuek

Pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin telah disisihkan daripada skuad 26 pemain terakhir pasukan kebangsaan Thailand untuk Piala Asian Cup 2023.

Pemain berusia 30 tahun yang mengalami kecederaan ketika aksi menentang China dalam Kelayakan Piala Dunia November lalu dikhabarkan tidak dapat pulih dengan sepenuhnya sebelum kejohanan Piala Asia.

Penyerang kebangsaan Thailand, Supachai Jaided antara pemain baharu yang kembali mendapat tempat dalam percaturan pengendali baharu, Masatada Ishii untuk dibawa beraksi di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari kelak.

Ad

Kemasukan pengendali baharu, Masatada Ishii jelas mahu membuat perubahan dengan membawa masuk beberapa pemain muda untuk menggalas tugas Thailand.

Ad

Senarai akhir 26 skuad kebangsaan Masatada Ishii itu turut disertai beberapa pemainya yang beraksi seperti penjaga gol, Patiwat Khammai (Patiwat Khammai (True Bangkok United), Siwarak Tedsungnoen (Buriram United).

Ad
Ad

Gajah Perang juga membawa barisan pemain seperti Saranon Anuin (Singha Chiangrai United); pertahanan Theerathon Bunmathan (Buriram United), Pansa Hemwiboon (Buriram United), Nicholas Mickelson (OB Odense), Suphanan Burirat (Port FC), Elias Dolah (Bali United), Suphan Thongsong (True Bangkok United), Jakkaphan Praisuwan (BG Pathum United), Santipharp Chan-ngom (BG Pathum United).

Ad

Selain itu, dua penyerang yang beraksi di Qatar iaitu Suphanat Mueanta (OH Leuven) dan Teerasak Poeiphimai (Port FC) turut dipanggil Supachai Jaided (Buriram United) untuk memperkasakan skuad Thailand.

Senarai itu diikuti oleh pemain tengah, Supachoke Sarachat (Consadole Sapporo), Ekanit Panya (Berlian Merah Urawa), Bodin Phala (Port FC), Pathompon Charoenrattanapirom (Port FC), Worachit Kanitsribamphen (Port FC), Sarach Yooyen (BG Pathum United), Kritsada Kaman (BG Pathum United), Peeradon Chamrasamee (Buriram United), Jaroensak Wongkorn (Muangthong United), Weerathep Pomphan (Muangthong United ), Rungrat Phumchantuek (True Bangkok United) dan Channarong Phromsrikaew (Chonburi FC).

Aksi pertama Thailand di Piala Asia akan bertemu pasukan Kyrgyzstan dijadualkan pada hari Selasa, 16 Januari 2024, jam 10.30 malam.