Jodoh jurulatih Jepun, Masatada Ishii bersama BG Pathum United hanya bertahan selama 98 hari saja.
Ini selepas SNE Sports melaporkan pengurusan kelab itu mengambil keputusan untuk memecat jurulatih berusia 59 tahun itu.
Sebelum ini, Ishii dibawa masuk sebagai jurulatih pada Oktober lalu selepas meninggalkan skuad kebangsaan Thailand.
Pelantikan beliau pada ketika itu mendapat sokongan penyokong. Ini kerana ramai kagum dengan sentuhan kejayaan Ishii semasa bersama Buriram United.
Walau bagaimanapun, pengurusan The Rabbits mengambil tindakan drastik dengan memecat Ishii. Ini selepas BG Pathum tersingkir dari saingan ACL2, Thai FA Cup dan terbaru, Shopee Cup.
Hasrat BG Pathum mara ke separuh akhir musnah apabila diikat Selangor FC 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A.
Meskipun beraksi dengan 11 pemain, itu tidak cukup buat The Rabbits untuk meraih kemenangan ke atas Selangor di Stadium MBPJ.
Keputusan itu sudah cukup buat tuan rumah mengiringi juara Kumpulan A, Buriram ke peringkat seterusnya.
Satu-satunya peluang BG Pathum meraih trofi musim ini ialah saingan Thai League Cup. The Rabbits mara ke suku akhir selepas menyingkirkan Muangthong United.