Bhutan & Sri Lanka Antara Negara Potensi Lawan Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Harimau Malaya berpotensi berhadapan sama ada Bhutan, Sri Lanka atau Pakistan untuk kalendar antarabangsa FIFA pada November ini.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan skuad senior negara bakal berhadapan dengan India pada 14 November ini.

Ad

Pada masa sama, FAM turut berusaha mengatur satu lagi aksi persahabatan dengan pasukan dari Asia Selatan pada bulan hadapan. Ini bagi membantu menambah kutipan mata ranking FIFA.

Ad

Ini kerana kutipan mata ranking yang tinggi dapat membantu Malaysia memperbaiki ranking semasa FIFA. Ketika ini, skuad negara menduduki tangga ke-133 dunia.

Berdasarkan semakan semasa, Harimau Malaya bakal menentang sama ada Bhutan, Sri Lanka atau Pakistan. Ini kerana Afghanistan, Nepal, Maldives dan Bangladesh sudah mengatur aksi persahabatan masing-masing.

Ad

Nepal telah menerima jemputan sebagai lawan Tajikistan pada 13 dan 16 November. Manakala Afghanistan bakal menentang Nepal pada 16 November sebelum disusuli aksi menentang The Crowns pada 19 November.

Ad

Kesemua perlawanan ini diumumkan Persekutuan Bola Sepak Tajikistan (TFF) pada 24 Oktober lalu. Ketiga-tiga perlawanan bakal diadakan di Stadium Republican Central.

Ad

Sementara Maldives dan Bangladesh pula bakal berentap pada 13 dan 16 November. Kedua-dua perlawanan itu akan diadakan di Bashundhara Kings Arena.

Tidak kira siapa yang bakal menjadi pilihan FAM, penambahan satu lagi aksi antarabangsa pada November ini dijangka membantu anak buah Pau Marti Vicente.

Untuk rekod, Bhutan, Sri Lanka dan Pakistan masing-masing menduduki ranking ke-182, 198 dan 203 dunia.