Bintang AS Roma Sertai Urawa Red Diamonds
Transfer
AS Roma
Advertisements

Bintang AS Roma, Ola Solbakken sah menyertai Urawa Red Diamonds secara pinjaman sehingga Jun 2024.

Ola Solbakken merupakan pemain kelahiran Oslo, Norway dan dominan bermain diposisi sayap kanan selain sayap kiri pasukan.

Berita perpindahan tersebut disahkan oleh Fabrizio Romano dan laman web rasmi AS Roma turut memuat naik ucapan selamat maju jaya kepada Ola Solbakken.

Advertisements

Kehadiran pemain sayap ini bakal menambahkan lagi sengat jentera serangan Urawa Reds bagi musim 2024 yang bakal bermula pada 23 Februari 2024, seusai tamatnya kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar.

Selain Ola Solbakken, Urawa Reds turut mempunyai seorang pemain import berdarah Norway iaitu pertahanan tengah, Marius Høibråten.

Solbakken yang berusia 25 tahun menyertai AS Roma pada Januari 2023 daripada kelab Norway, FK Bodø/Glimt secara perpindahan percuma namun Solbakken bergelut untuk mendapatkan minit permainan dibawah kendalian Jose Mourinho.

Advertisements

Solbakken hadir untuk menambahkan lagi kualiti kedalaman skuad AS Roma setelah Nicolo Zaniolo mengalami kecederaan dan sempat menyumbang 1 gol dan 2 bantuan jaringan untuk Roma pada musim lalu.

Musim ini Solbakken dipinjam keluar menyertai kelab Greece, Olympiakos namun pemain ini turut bergelut untuk bermain selaku pemain utama dan kini Solbakken sekali lagi dipinjamkan keluar menyertai Urawa Reds.

Pemain sayap ini melakukan debut dipentas antarabangsa sejak berusia 23 tahun dan kini Solbakken telah mengumpul 11 kaps bersama Norway.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram