Bintang Borussia Dortmund, Mats Hummels Puji Kualiti Antarabangsa Stadium Sultan Ibrahim
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertahanan kental Borussia Dortmund, Matt Hummels menikmati setiap detik yang dilalui ketika beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, gelanggang keramat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain berusia 35 tahun itu merupakan lagenda buat skuad yang terkenal dengan jolokan Die Brussen sejak kali pertama beraksi buat kelab itu pada tahun 2008.

Menerusi satu temu bual bersama bekas pemain JDT, Liridon Krasniqi, beliau berkongsi detik terindah apabila pernah tiba di Malaysia iaitu Johor Bharu.

Advertisements

“Secara keseluruhan, kunjungan itu sangat baik. Kami (Borussia Dortmund) mengharungi aksi yang agak sengit ketika di sana dan semuanya berjalan dengan baik.”

Pertahanan kebangsaan Jerman itu juga tanpa ragu-ragu mengakui bahawa Stadium Sultan Ibrahim merupakan salah sebuah stadium yang cukup bertaraf tinggi.

“Sudah semestinya (tentang kecantikan Stadium Sultan Ibrahim),” ujar Hummels kepada Liridon Krasniqi.

Advertisements

Kali terakhir JDT bertemu dengan gergasi bola sepak Jerman itu adalah pada 28 November 2022 dengan Hummels turun selaku pertahanan tengah bersama Soumalia Coulibaly.

Selain itu, Stadium Sultan Ibrahim merupakan antara stadium terbaik di Asia dengan kapasiti mencecah 35,000 orang ini telah membuka mata dunia terhadap jenama JDT.

Antara pencapaian hebat JDT dan Stadium Sultan Ibrahim adalah apabila dijemput untuk menjadi wakil Malaysia pertama ke Persatuan Pengurusan Venue (Asia dan Pasifik) yang berlangsung di Australia.

Advertisements

Sebagai rekod, Persatuan Pengurusan Venue (VMA) merupakan sebuah badan untuk venue industri profesional di Australia, New Zealand dan Asia dengan lebih 900 keahlian selain mewakili lebih 300 venue utama dari pelbagai sektor termasuk venue sukan dan bukan sukan.

Stadium Sultan Ibrahim juga pernah muncul selaku ‘World Stadium of the Year’ pada tahun 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram