JDT Pasukan Pertama Guna Teknologi ProPitch Di Malaysia
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus berusaha menambahbaik kualiti semua kemudahan mereka termasuk Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Terbaru, pengurusan Harimau Selatan telah menggunakan sistem pemacu pengurusan data padang ProPitch bagi menambahbaik kualiti padang SSI.

Peralatan ujian ProPitch membantu penyelia padang mengetahui keadaan sebenar padang dalam pelbagai aspek termasuk tarikan dan keteguhan rumput.

Advertisements

Dengan data sebegini, ini akan membantu penyelia padang untuk menjadikan kualiti padang SSI lebih baik. Ini sekaligus menjadikan permainan bola sepak lebih berkualiti di SSI.

Menariknya, JDT merupakan entiti pertama di Malaysia yang menggunakan ProPitch dalam mengurus dan menyelenggara padang mereka.

Advertisements

ProPitch menjadi bukan saja menjadi pilihan UEFA untuk kejohanan-kejohanan anjuran mereka di benua Eropah.

Malah, ProPitch menjadi pilihan kelab-kelab EPL seperti Arsenal, Tottenham Hotspur dan Manchester United untuk membantu proses penyelenggaraan padang mereka.

Advertisements

Ini sekaligus menunjukkan kesungguhan Harimau Selatan untuk terus menjadi peneraju dalam arena bola sepak tanah air.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram