Advertisements
Bintang India Anggap Wakili Negara Sebagai Maruah
Asia
MakanBola
Indian Football Team

Bintang skuad kebangsaan India, Edmund Lalrindika menganggap menyarung jersi kebangsaan sebagai satu penghargaan dan maruah.

Bagi penyerang kelab divisyen dua India, Inter Kashi itu, semua pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan akan berikan yang terbaik demi negara tercinta tidak kira pemain tersebut dari divisyen utama atau sebaliknya.

“Ianya bukan masalah anda dari I-League (Divisyen dua India) atau ISL (Divisyen Utama India). Mewakili negara ialah satu penghormatan dan maruah.

“Kami mahu berikan persembahan yang terbaik demi pasukan negara (India),” jelas Lalrindika seperti yang dikongsikan Indian Football Team di laman X.

India dijadualkan bertemu Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada Isnin (18 November). Perlawanan menarik itu akan dilangsungkan pada jam 10 malam dan bertempat di Stadium Gachibowli, Hyderabad

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah pada Oktober tahun lalu dalam kejohanan Pestabola Merdeka yang mana menyaksikan Malaysia menang 4-2.

Related Articles