Pestabola Merdeka: Malaysia Gah Ke Final ‘Bungkus’ India
Harimau Malaya
Azri / MakanBola
Advertisements

Malaysia mengesahkan tempat ke pentas akhir Pestabola Merdeka apabila mencatatkan kemenangan bergaya ke atas India dengan keputusan 4-2.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan terbaik dengan Dominic Tan, Nooa Laine dan Endrick Dos Santos mendapat kepercayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

India pula dibarisi oleh pemain muda dsn berpengalaman seperti kapten, Sunil Chhetri, pertahanan kental, Mehtab Singh dan juga perancang kreatif, Sahal Abu Samad.

Advertisements

India hampir mengejutkan tuan rumah apabila perancang tengahnya melepaskan rembatan namun hanya mampu menggegar palang seawal minit pertama permainan.

Harimau Malaya membuka tirai jaringan meneruis Dion Cools yang melepaskan rembatan dalam kotak penamti pada minit ke-7.

Advertisements

Skuad kebangsaan turun dengan momentum terbaik selepas sekian lama tidak beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil di hadapan kira-kira 47,000 orang penyokong setia.

Anak buah Igor Stimac bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Mahesh Singh Nadrem untuk menewaskan Syihan Hazmi.

Advertisements

Arif Aiman Hanapi menggandakan kedudukan 2-1 pada minit ke-20 selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Faisal Halim menambah keceriaan buat lautan penyokong negara apabila mudah menjaringkan gol ketiga menewaskan Gurpreet Singh Sandhu pada minit ke-42.

Advertisements

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 3-1.

Bersambung babak kedua, anak buah Igor Stimac kembali merapatkan kedudukan menerusi ledakan penyerang berbisa, Sunil Chettri pada minit ke-50.

La’Vere Corbin-Ong mengukuhkan penguasaan negara apabila mudah menolak masuk hantaran Faisal Halim untuk gol keempat negara.

Tambahan masa lima minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal sehingga wisel penamat diturunkan.

Kemenangan ini menyaksikan Malaysia memperoleh tambahan +6.04 mata FIFA untuk memintas kedudukan Filipina di tangga ke-132 dunia.

Malaysia akan bertemu Tajikistan di final Pestabola Merdeka 2023 pada 17 Oktober 2023 di Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram