“Keyakinan Pemain Malaysia Tinggi Berdepan India” – Kim Pan-gon
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Menjelang aksi Pestabola Merdeka Malaysia menentang India malam ini, Kim Pan-gon percaya anak-anak buahnya memiliki keyakinan berdepan pasukan dari Asia Selatan itu.

Ini disebabkan barisan kejurulatihan Harimau Malaya sudah mengatur persiapan rapi untuk perlawanan malam ini.

Selain itu, keterujaan para pemain beraksi di hadapan penyokong sendiri di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang berwajah baru turut menambah keyakinan mereka.

Advertisements

“Apa yang kita lakukan beberapa hari ini sangat bagus dari segi kecergasan, pendekatan taktikal (dan) perancangan permainan.

“Semuanya bagus dan kita berpuas hati. Jadi, pemain-pemain kita amat teruja (dan menunjukkan) keyakinan yang bagus.

Advertisements

“Jadi, mereka akan turun menghadapi perlawanan esok dan kita percaya itu akan jadi perlawanan yang menarik,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan semalam.

Malaysia berharap dapat meraih kemenangan malam ini ke atas The Blue Tigers. Sekiranya perkara itu dicapai, Harimau Malaya bakal mendapat mata tambahan sebanyak 6.039 mata.

Advertisements

Ini sekaligus membolehkan Malaysia menghampiri kelompok 120 teratas FIFA dengan merampas kedudukan ke-131 FIFA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram