Advertisement
Ranking FIFA: Malaysia ‘Selangkah’ Kembali Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 21 Tahun
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk menghampiri kedudukan ke-120 terbaik dunia selepas kali terakhir berjaya melakukannya kira-kira 21 tahun lalu.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan berdepan India bagi aksi Pestabola Merdeka, 13 Oktober ini sungguhpun terlepas peluang untuk beraksi dua aksi persahabatan antarabangsa kali ini.

Hal ini susulan Palestin yang menarik diri akibat pergolakan yang berlaku di negara mereka sekaligus menyaksikan lawan mereka iaitu Tajikistan mendapat ‘bye’ untuk ke final.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan pasukan ke-102 dunia, India bakal memberikan tambahan mata FIFA yang cukup signifikan buat pasukan bimbingan Kim Pan-gon.

Selepas Malaysia menjuarai kejuaraan serantau, Piala AFF 2010, Malaysia belum berupaya untuk mempamerkan konsistensi dalam kedudukan ranking FIFA dan ditinggalkan jauh oleh Filipina, Vietnam dan Thailand.

Mata semasa Malaysia kini adalah 1094.9 dan jika berjaya mencatatkan keputusan positif ke atas India, Malaysia mampu memperoleh mata maksimum sebanyak +6.039 mata sekaligus memperoleh mata baharu sebanyak 1100.94 mata.

Jangan lupa subscribe Youtube MakanBola

Jumlah mata terkini itu menyaksikan Malaysia berpeluang untuk menghampiri kelompok 120 terbaik dunia iaitu di tangga ke-131 dunia.

Kedudukan ini juga dipengaruhi oleh Filipina yang bakal berdepan Bahrain pada 18 Oktober ini. Sekiranya tewas, mereka bakal kehilangan mata penting yang membolehkan Malaysia memintas.

Sekiranya pasukan ke-131 dunia, Faroe Islands tewas kepada Poland dan Republik Czech, mereka akan kehilangan -8.7 mata untuk membenarkan Malaysia mengambil alih tangga 131 dunia.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia berada dalam kelompok 125 terbaik dunia adalah pada tahun 2001 iaitu di tangga ke-128 dunia manakala kedudukan terbaik kelompok tersebut adalah pada tahun 2004 (122 dunia).

Malaysia dijadualkan berdepan India pada 13 Oktober 2023 jam 9 malam di gelanggang keramat Stadium Nasional Bukit Jalil.