Kim Pan-gon Mahu SNBJ Setaraf Stadium Sultan Ibrahim
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu melihat stadium keramat Malaysia iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berada setaraf dengan Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Umum mengetahui bahawa proses menaik taraf SNBJ telah pun siap yang menyaksikan ia menelan belanja hampir RM5 juta.

Kerja-kerja penambahbaikan ini melibatkan pembinaan dan penyelenggaraan padang selama satu tahun (RM2,213,851.10 Juta) dan pembelian mesin dan peralatan penyelenggaraan padang (RM2.5 Juta).

Advertisements

Selain itu, terdapat juga kerja-kerja tambahan seperti pemasangan laluan paip baru dan laluan kabel baru dari rumah pam (RM47 Ribu) dan juga kerja tambahan penyambungan kabel elektrik (RM33 Ribu) yang menjadikan jumlah keseluruhan naik taraf sebesar RM4,795,276.10 Juta.

Mengulas lanjut, menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz, beliau teruja dengan projek yang telah dilaksanakan oleh PSM ini sambil optimis memberikan yang terbaik buat sukan negara.

“Kami mendapatkan secara langsung daripada Kim Pan-gon tentang apa yang diperlukan oleh pasukan bukan sahaja padang.”

Advertisements

“Ini juga meliputi bilik persalinan dan beberapa kemudahan lain tetapi Kim Pan-gon hanya mahu SNBJ setanding Stadium Sultan Ibrahim,” jelasnya kepada MakanBola.

Beliau juga memberi jaminan bahawa penjadualan yang telah dirangka oleh PSM bakal mengelakkan berlakunya sebarang pertindihan perlawanan antara aksi bola sepak dan juga konsert.

“Kita sudah berbincang dengan FAM berkenaan isu ini dan kita akan pastikan bahawa tiada pertindihan antara perlawanan bola sepak dan juga konsert.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram