Kos Naik Taraf SNBJ Cecah Hampir RM5 Juta
Harimau Malaya
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Projek Kerja-Kerja Menaik Taraf Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah menelan belanja hampir RM5 Juta.

Menerusi satu kenyataan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, beliau memaklumkan bahawa serahan tapak projek kepada syarikat Talenttwo (M) Sdn Bhd telah dilaksanakan pada 1 April 2023 dan kerja penukaran rumput telah dijalankan sehingga 30 September 2023.

Tempo penyelenggaraan selama satu (1) tahun bermula pada 1 Oktober 2023 sehingga 30 September 2024.

Advertisements

Sempena projek penukaran rumput ini juga, PSM telah mengambil inisiatif menawarkan pemberian rumput sedia ada iaitu ‘Axonopus Compressus’ kepada orang awam.

Padang Stadium Nasional telah bersedia untuk mengadakan pelbagai perlawanan bola sepak termasuk Pestabola Merdeka yang akan berlangsung pada 13 Oktober dan 17 Oktober 2023.

Advertisements

Kos projek yang mencecah RM4.785 Juta ini melibatkan pembinaan dan penyelenggaraan padang selama satu tahun (RM2,213,851.10 Juta) dan pembelian mesin dan peralatan penyelenggaraan padang (RM2.5 Juta).

Selain itu, terdapat juga kerja-kerja tambahan seperti pemasangan laluan paip baru dan laluan kabel baru dari rumah pam (RM47 Ribu) dan juga kerja tambahan penyambungan kabel elektrik (RM33 Ribu) yang menjsdikan jumlah keseluruhan naik taraf sebesar RM4,795,276.10 Juta.

Advertisements

Selain projek penukaran rumput Stadium Nasional, PSM juga sedang giat menaik taraf dan menambah baik keseluruhan fasiliti dan kemudahan sedia ada di Stadium Nasional.

Antara kerja-kerja naik taraf yang telah selesai adalah kerja-kerja penambahbaikan kerosakan trek larian kawasan luar stadium dan penyelenggaraan facade stadium.

Advertisements

Kos ini bagaimanapun tidak melibatkan rumput zeon zoysia yang ditaja sepenuhnya oleh DYAM TMJ.

KBS juga berharap dengan penukaran rumput baru serta penambahbaikan yang telah dilaksanakan in akan dapat meningkatkan prestssi pemain bola sepak di Malaysia dan pasukan Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram