Advertisements
Teknologi Eropah Dipakai Pada Rumput Zeon Zoysia Di SNBJ
Harimau Malaya
MakanBola
FA Singapore

Detik yang ditunggu-tunggu mengenai perkembangan semasa keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya terjawab.

Menerusi satu perkembangan yang dikongsikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), SNBJ bagaimanapun berada pada tahap terbaik untuk mengadakan aksi di sana.

Sebelum ini, kerisauan wujud dalam kalangan penyokong mengenai tempoh padang boleh disiapkan namun projek penambahbaikan padang berlangsung mengikut waktu yang ditetapkan.

Perkembangan terbaru mengenai keadaan padang ini telah dikongsikan oleh Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Hans Isaac mengenai keadaan terkini rumput Zeon Zoysia di SNBJ.

“Tunku Mahkota Johor (TMJ) akan melancarkan padang baharu SNBJ. Kami buat segalanya yang baru. Kita harus tunggu pelancaran itu terlebih dahulu.”

“Sudah pasti rumput ini mengambil masa yang agak lama. Terdapat beberapa elemen penting yang perlu dinilai rapi termasuklah air dan udara.”

Pihak PSM juga berdepan beberapa cabaran semasa mengendalikan penukaran rumput namun bersyukur segalanya berjalan seperti yang dirancang.

“Satu benda yang rumit buat kita kerana (dome) stadium menghalang cahaya matahari. Kami harus beli lampu rumput (grass light) dari Eropah untuk dibawa masuk ke SNBJ untuk memastikan rumput ini ke tahao antarabangsa,” jelasnya pada sesi sidang media tadi.

PSM juga teruja untuk melihat perasmian padang itu membabitkan aksi Malaysia berdepan India pada 13 Oktober 2023 pada jam 9 malam.

Pelancaran rumput Zeon Zoysia akan berlangsung pada 12 Oktober 2023 jam 10 pagi.