Pestabola Merdeka: Palestin Sah Tarik Diri, Ini Format, Venue & Masa Terkini Kejohanan
Dunia
PBMY1957
Advertisements

Kejohanan berprestij di Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi berdepan tamparan hebat apabila salah sebuah pasukan iaitu Palestin secara rasminya tidak akan menyertai Pestabola Merdeka.

Menerusi perkembangan terkini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, terdapat beberapa perubahan yang bakal berlaku susulan penarikan Palestin.

Pasukan kebangsaan Palestin difahamkan tidak dapat meneruskan perjalanan ke Malaysia disebabkan gagal mendapatkan akses ke sempadan.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di Wisma FAM hari ini, Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundram, aksi Malaysia dan India akan berlangsung seperti biasa.

“Berdasarkan jadual asal, Palestin dijadual bertemu Tajikistan (4.30 petang) manakala Malaysia berdepan India (9.00 malam) pada Jumaat, 13 Oktober 2023.”

Advertisements

“Dua pasukan yang tewas akan merebut tempat ketiga (4.30 petang) manakala dua pasukan yang menang akan ke Final (9.00 malam) pada Selasa, 17 Oktober 2023, dengan kesemua empat perlawanan tersebut di Stadium Nasional, Bukit Jalil.”

“Berdasarkan situasi terbaharu, Malaysia kekal akan bertemu India pada Jumaat, 13 Oktober 2023 (9.00 malam) di Stadium Nasional manakala Tajikistan kini mendapat ‘bye’ dan akan terus layak ke Final pada Selasa, 17 Oktober 2023 (9.00 malam) di Stadium Nasional untuk bertemu pemenang perlawanan Malaysia dan India,” jelas FAM.

Advertisements

Perubahan format tersebut dilihat menjadi solusi terbaik yang telah dicapai pada mesyuarat khas di antara FAM selaku penganjur Pestabola Merdeka 2023 bersama pengurusan pasukan India dan Tajikistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram