Peluang Malaysia Buktikan ‘Tuduhan’ Penyokong India Terhadap Malaysia & ASEAN Adalah Salah
Harimau Malaya
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Dendam ‘kesumat’ sebahagian penyokong negara India terhadap skuad Malaysia dan ASEAN bakal terjawab esok (Jumaat) apabila kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu dalam aksi sulong Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penyokong India yang sebelum ini pernah berang dan marah apabila Malaysia dan negara-negara di rantau Asia Tenggara dianggap berhadapan laluan mudah untuk layak ke kejohanan AFC seperti yang pernah berlaku pada November 2021 seperti yang dipetik laporan dari arkib Vocket FC.

“Mengapa ada dua zon di AFC, negara ASEAN amat lemah dalam bola sepak dan masih mampu layak ke pusingan akhir Asia, samada ianya pertandingan kelab mahupun skuad nasional, mereka hanya perlu berhadapan Jepun, Australia dan Korea sebagai antara pasukan terkuat,” dipetik ciapan Twitter @RiyaMah25803493 yang kini telahpun dinyahaktifkan oleh pihak Twitter.

Advertisements

Sebelum ini, pihak AFC pernah dihentam secara dalam talian oleh penyokong India selepas negara berkenaan gagal layak ke kejohanan Piala AFC B-23 2022 kerana perlu berhadapan negara-negara dari Timur Tengah.

Lebih menyakitkan, sebahagian penyokong India beranggapan, negara-negara dari rantau Asia Tenggara bernasib baik mampu layak ke saingan tersebut hanya kerana diundi berhadapan pasukan yang dianggap tidak sekuat Timur Tengah seperti Jepun dan Korea Selatan.

Advertisements

India yang kini sedang menikmati peningkatan sokongan setempat terhadap liga tempatannya dan skuad kebangsaan negara berkenaan berada di ranking ke-102 FIFA bakal berhadapan Malaysia yang kini berada di ranking ke-134 FIFA.

Kali terakhir Malaysia bertemu India adalah pada 4,348 hari yang lalu (11 tahun, 10 bulan dan 26 hari) pada 16 November 2011 dan India berjaya menewaskan Malaysia 3-2 dalam satu aksi perlawanan persahabatan antarabangsa.

Advertisements

Malaysia bakal beraksi buat kali pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan rumput baru jenis Zeon Zoysia yang baru dirasmikan pagi tadi oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram