Skuad Muda Malaysia Pernah Tewaskan Gergasi Asia, India Sahaja Yang Lalai
Trivia
Football Association of Malaysia
Advertisements

Memetik artikel daripada Vocket FC, selepas kejayaan skuad muda negara layak ke Piala Asia B23 2022, ada sesetengah penyokong pasukan India yang menyatakan rasa tidak puas hati dan ‘koyak’ hingga menuduh sistem yang AFC gunakan tidak adil.

Pihak AFC sebelum itu telah memuat naik satu ciapan ucapan tahniah di laman rasmi Twitter mereka. Ciapan itu menjadi modal buat peminat bola sepak India meluahkan kekecewaan susulan pasukan India B23 gagal layak ke saingan AFC U23 2022.

https://twitter.com/ric321ric/status/1454701446943805446?s=21

Segelintir penyokong India telah menyalahkan AFC kerana India diundi berdepan gergasi-gergasi besar dari Timur Tengah. Mengulas lanjut, skuad muda negara juga sebelum ini pernah menewaskan gergasi-gergasi asia. Barangkali mereka lupa bahawa Malaysia juga merupakan negara hebat yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Advertisements

Berikut merupakan antara rekod baik skuad muda negara yang berjaya mengatasi dan memberi saingan kepada pasukan gergasi Asia.

Pada tahun 2017, skuad muda negara pernah menewaskan musuh tradisi, Indonesia 3-0 dalam kempen kelayakan Piala AFC B-23 di Bangkok. Malaysia ketika itu bersama Indonesia dalam Kumpulan A dan barisan pemain muda kita berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama. Syafiq Ahmad, Jafri Chew dan N. Thanabalan berjaya mencatat nama sebagai penjaring.

Pada saingan AFC 2018, Malaysia berjaya mengikat keputusan seri 1-1 dengan Jordan. Ia merupakan perlawanan kedua dalam saingan Kumpulan C. Sepakan penalti yang diberikan pengadil setelah Akhyar Rashid dijatuhkan mudah disempurnakan Safawi Rasid.

Advertisements

Perhitungan terakhir peringkat Kumpulan C, menyaksikan Malaysia dijadualkan menentang Arab Saudi. Pasukan Arab Saudi telah dikejutkan dengan kekalahan 1-0 kepada Malaysia. Malaysia yang ketika itu dibimbing Datuk Ong Kim Swee sekaligus berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala AFC 2018. Gol tunggal Daniel Amier cukup bagi memahat sejarah bermakna buat arena bola sepak Malaysia.

Dalam tahun yang sama, skuad muda negara juga cemerlang menumbangkan Korea Selatan 2-1 dalam saingan Piala Asia 2018. Kemenangan bergaya itu menyaksikan Safawi Rasid muncul sebagai wira pasukan apabila menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Seterusnya, perlawanan persahabatan yang masih segar di ingatan ketika Malaysia B-23 berjaya menumbangkan UAE di Stadium Shah Alam. Kemenangan 2-0 menerusi jaringan Akhyar dan Safawi Rasid telah dicemari insiden pergaduhan. Walau bagaimanapun, kemenangan bermakna itu hingga kini tercatat dalam ingatan sejarah.

Advertisements

Bukan sahaja itu, pada tahun 2019, Malaysia B-23 turut mampu mengikat pasukan China apabila mencatat keputusan seri 2-2. Kelayakan AFC B-23 ketika itu menyaksikan Syahmi Safari dan Danial Haqim memahat nama sebagai penjaring. Seri kepada China merupakan satu bukti bahawa skuad muda negara kini berada pada tahap dan prestasi terbaik.

Rekod-rekod pertemuan sebelum ini menjadi bukti bahawa Malaysia sememangnya mampu untuk memberikan cabaran dan tentangan sengit ketika beraksi menentang pasukan-pasukan gergasi asia. Walaupun beberapa kali juga skuad muda Malaysia tewas, namun inilai lumrah dan adat dalam bola sepak. Apa yang penting, setiap kemenangan yang diraih merupakan satu memori dan sejarah indah buat arena bola sepak negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram