Arsenal kini terlepas kejuaraan Premier League dua musim berturut-turut di tangan Manchester City sekaligus menambahkan lagi kemarau The Gunners untuk menjulang trofi liga.
Namun terdapat beberapa bekas pemain Arsenal yang hanya memerlukan semusim bersama pasukan baru untuk menjulang kejuaraan liga selepas meninggalkan Arsenal. 5 pemain tersebut ialah:
1. Granit Xhaka (Bayern Leverkusen)
Granit Xhaka meninggalkan Arsenal musim lalu untuk menyertai skuad kendalian Xabi Alonso dan hanya dalam semusim, Xhaka membantu Bayern Leverkusen menjulang kejuaraan Bundesliga dengan rekod tanpa kalah.
Malah Bayern Leverkusen turut mempunyai baki dua aksi dalam perlawanan akhir DFB-Pokal menentang Kaiserslautern serta perlawanan akhir Liga Europa melawan Atalanta.
Sepanjang 7 musim di Arsenal, Xhaka berjaya memenangi 2 kali Piala FA dan 2 kali Perisau Komuniti tetapi beliau tidak pernah menjulang kejuaraan liga bersama Arsenal.
2. Thomas Vermaelen (Barcelona)
Bek tengah Belgium ini menghabiskan 5 musim di Arsenal dan melakukan 110 penampilan buat The Gunners selain membantu Arsenal memenangi Piala FA 2014.
Vermaelen meninggalkan Arsenal pada Ogos 2014 untuk menyertai Barcelona dan semusim bersama The Blaugrana, Vermaelen memenangi kejuaraan La Liga, trofi Liga Juara-Juara Eropah serta Piala Raja Sepanyol.
3. Wojciech Szczęsny (Juventus)
Wojciech Szczęsny melakukan 132 penampilan untuk Arsenal antara 2008 hingga 2017 tetapi tidak pernah berjaya memenangi sebarang kejuaraan liga.
Penjaga gol itu kemudian berpindah ke Juventus pada Julai 2017 dan terus memenangi kejuaraan Serie A untuk tiga musim berturut-turut antara tahun 2018 hingga 2020.
4. Robin Van Persie (Manchester United)
Robin Van Persie meninggalkan Arsenal untuk menyertai seteru rapat Manchester United pada Ogos 2012 yang lalu setelah bersama Arsenal selama 8 tahun.
Penyerang Belanda itu kemudian memainkan watak penting membantu United memenangi trofi Liga Perdana Inggeris 2012/2013 dengan menyumbangkan 26 gol liga.
5. Samir Nasri (Manchester City)
Samir Nasri merupakan pemain utama di bawah kendalian Arsene Wenger tetapi beliau kemudian berpindah ke Manchester City pada Ogos 2011.
Sepanjang 3 tahun di Arsenal antara 2008 hingga 2011, Samir Nasri tidak memenangi sebarang piala termasuk kejuaraan liga. Semusim bersama City, Samir Nasri menjulang kejuaraan liga 2011/2012 sekaligus menamatkan penantian 44 tahun Manchester City.
Selain lima nama tersebut, terdapat beberapa lagi pemain yang berjaya memenangi trofi liga setelah meninggalkan Arsenal seperti Alex Song, Alex Oxlade-Chamberlain dan Serge Gnabry.