Junior Eldstal Satu-Satunya Pemain Yang Kekal Sedekad
Harimau Malaya
Khairul / MakanBola
Advertisements

Pertahanan tengah Malaysia, Junior Eldstal kini muncul satu-satunya pemain yang membarisi kejohanan Pestabola Merdeka selama sedekad.

Sebelum Pestabola Merdeka dianjurkan kembali pada tahun ini, kali terakhir kejohanan tersebut diadakan adalah pada 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2013.

Junior Eldstal yang turun selaku pemain gantian dalam aksi menentang India tempoh hari pernah membantu pasukan Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka 2013 menewaskan Myanmar dengan jaringan 2-0.

Advertisements

Malah lebih manis Junior merupakan penjaring gol kedua pasukan Malaysia dalam perlawanan akhir tersebut.

Ketika itu Malaysia menghantar skuad Harimau Muda A yang dibarisi pemain muda seperti Fadhli Shas, Irfan Fazail, A.Thamil Arasu, Wan Zack Haikal, Rozaimi Rahman, Junior Eldstal, Zubir Azmi, Nik Shahrul Azim, Mohd Izham Tarmizi dan Syahrul Azwari.

Kejohanan yang lalu menampilkan skuad bawah 23 tahun dimana Junior Eldstal ketika itu baru berusia 22 tahun dan kejohanan itu turut disertai pasukan Myanmar, Singapura dan Thailand.

Advertisements

Kini Junior Eldstal sekali lagi berpeluang untuk merangkul Piala Pestabola Merdeka buat kali kedua jika pasukan Malaysia berjaya menewaskan Tajikistan kelak.

Junior Eldstal mula meraih kepercayaan Kim Pan-gon dalam memperkuatkan barisan pertahanan Harimau Malaya apabila telah dipanggil menyertai kem kebangsaan sebanyak 3 kali (Jun, September dan Oktober) pada tahun ini.

Pemain berusia 32 tahun ini telah melakukan 17 penampilan buat pasukan Malaysia dan kini bermain untuk kelab Indonesia, Dewa United.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram