Indra Putra Catat Rekod Jaringan Aneh Musim Ini
Liga Super
Kelantan United FC
Advertisements

Penyerang terkenal, Indra Putra Mahayuddin memilik rekod jaringan yang aneh untuk musim ini bersama Kelantan United.

Indra Putra mencatat 6 gol untuk musim ini dan kesemua jaringan tersebut adalah daripada situasi bola mati.

Penyerang berusia 42 tahun ini telah menjaringkan 4 gol dalam aksi Liga Super, 1 dalam saingan Piala Malaysia dan 1 gol dalam aksi Challenge Cup.

Advertisements

3 gol tersebut hadir menerusi sepakan percuma manakala 3 gol lagi adalah menerusi sepakan penalti.

3 gol berpunca daripada sepakan percuma itu berlaku ketika menentang Sabah dan dua kali ketika bertemu Kelantan manakala gol daripada sepakan penalti sewaktu menentang Negeri Sembilan dan Perak.

Indra Putra yang kini berusia bijak memanfaatkan kualiti ketajamannya dihadapan gol untuk terus membantu Kelantan United menggegar gawang.

Advertisements

Bekas pemain kebangsaan ini juga merupakan tunjang utama Kelantan United untuk musim ini apabila telah merekodkan 30 penampilan dan berada dalam kesebelasan utama sebanyak 22 kali.

Indra Putra membantu Kelantan United menamatkan musim ditangga ke-12 liga musim ini setelah mengumpul 17 mata menerusi 4 kemenangan, 5 seri dan 17 kekalahan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram