Barcelona berjaya mendapatkan khidmat penyerang Jerman, Karim Adeyemi, daripada Borussia Dortmund selepas kedua-dua kelab mencapai persetujuan mengenai perpindahan pemain tersebut.
Menurut Fabrizio Romano menerusi ciapan di X, Barcelona bersetuju membayar €22 juta dengan tambahan €7 juta dalam bentuk bonus berdasarkan kejayaan memenangi kejuaraan serta jumlah penampilan pemain.
Adeyemi sebelum ini dilaporkan hanya mahu menyertai Barcelona walaupun menarik minat beberapa kelab lain, sekali gus memudahkan rundingan antara semua pihak.
Pemain berusia 24 tahun itu juga dikatakan telah mencapai persetujuan peribadi dengan Barcelona dan telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Catalan tersebut.
Fabrizio Romano menerusi ciapan di X turut melaporkan bahawa Barcelona sebelum ini telah menghantar tawaran rasmi kepada Borussia Dortmund untuk mendapatkan Karim Adeyemi.
Pemain Jerman itu hanya mahu menyertai Barcelona dan telah memaklumkan kepada Borussia Dortmund mengenai keputusannya untuk tidak menandatangani kontrak baharu yang akan tamat pada Jun 2027.
Perpindahan Adeyemi ke Camp Nou juga tidak menjejaskan rancangan Barcelona untuk mendapatkan penyerang tengah baharu, dengan Julián Álvarez kekal sebagai sasaran utama kelab sejak Mei lalu.