Advertisement
Bintang Masa Depan Malaysia Sertai Kelab Gergasi Tanah Air?
UltraSukan
UltraSukan
FA MALAYSIA

Seorang bintang masa depan futsal Malaysia dilaporkan bakal menyertai kelab gergasi tanah air.

Pemain muda negara ini mengharungi tempoh cemerlang bersama kelabnya dalam saingan Malaysia Futsal Premier League (MPFL) dan turut mendapat panggilan kebangsaan.

Beliau menjadi tunjang utama pada peringkat kelab dan negara telah menarik minat beberapa kelab sebagai destinasi baharu.

Khabar angin bertiup kencang mengenai berita sebuah kelab futsal terkemuka tanah air sedang memburu khidmat pemain muda ini untuk memperkuat pasukan pada musim 2025/26.

Beliau dilaporkan berada dalam radar pasukan futsal gergasi Malaysia sugguhpun sedang beraksi bersama pasukan terkenal negara musim lalu.

Setakat ini, status beliau masih belum mengenai perpindahan beliau dengan pemain ini menjadi antara watak utama skuad kebangsaan termasuklah ketika aksi di Futsal ASEAN 2024.

Saingan futsal musim 2025 dijangka lebih menarik dengan beberapa perpindahan mega bakal berlaku sebelum tirai perlawanan pada bulan Februari ini.