Bintang Ternama Jepun Hampiri Kelab Selatan Malaysia
MakanBola
NSFC1923

Kelab Selatan Malaysia dijangka diperkuat dengan kehadiran seorang lagi bintang baharu dari Jepun.

Pasukan kendalian Nidzam Jamil, Negeri Sembilan kini berada pada prestasi yang amat memberangsangkan pada musim ini selepas berakhir Hari Perlawanan 17 Liga Super 2025-26.

Skuad Jang menduduki tangga kelapan liga hasil empat kemenangan, lima seri dan enam kekalahan selain merekodkan 20 gol dan bolos sebanyak 21 kali.

Usaha memantapkan pasukan Selatan tanah air itu terus dipergiat selepas seorang lagi tonggak liga utama Jepun (J1 League) kini menghampiri Negeri Sembilan.

Khabar ini diumumkan sendiri menerusi media sosial kelab yang bakal menerima kehadiran pemain Jepun keempat bagi musim 2025-26.

“Akan datang,” ujar hantaran NSFC di laman X.

Ketika ini, Negeri Sembilan FC memiliki tiga orang pemain Jepun iaitu pertahanan, Kei Oshiro (25), pemain tengah menyerang iaitu Takumi Sasaki (27) dan Mio Tsuneyasu (24) bersama pasukan.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan NSFC itu memiliki beberapa pemain seperti Luis Enrique, Filip Andersen, Amirul Adli, Oday Kharoub, Sang-su An, Joseph Esso dan lain-lain.