Ads
Bintang Ulsan HD Dibeli Kelab UAE
Asia
Ulsan HD

Ulsan HD bakal membuka kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) tanpa kelibat pemain tengah, Won Du-jae.

Advertisements

Ini selepas Sports Chosun melaporkan pemain tengah berusia 26 itu bakal berpindah ke kelab Emiriah Arab Bersatu, Khor Fakkan.

Advertisements

Perpindahan pemain ini timbul tatkala pasukan yang dibimbing bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bersedia menghadapi kelab Jepun, Kawasaki Frontale dalam ACLE.

Advertisements
Advertisements

Du-jae telah beraksi untuk Ulsan HD sebanyak 106 kali, merekodkan tiga gol dan tiga bantuan gol mengikut data terkini Transfermarkt.

Sebelum ini, beliau menghabiskan tempoh pinjaman selama semusim bersama kelab Gimcheon Sangmu. Selepas kembali ke Ulsan, Du-jae kerap diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama oleh Pan-gon.

Advertisements

Beliau beraksi sebanyak empat kali di bawah bimbingan Pan-gon termasuk kemenangan ke atas pesaing terdekat pasukan itu, Gangwon FC baru-baru ini.

Du-jae tidak berdepan masalah menyesuaikan diri apabila menyertai Khor Fakkan. Ini kerana berdasarkan semakan terkini di Transfermarkt, terdapat seorang lagi pemain Korea yang beraksi bersama kelab itu iaitu Kwon Kyung-won.

Kyung-won, 32, menyertai Khor Fakkan dari Suwon FC pada Julai 2024. Beliau bukan asing dengan bola sepak UAE kerana pernah beraksi untuk satu lagi kelab negara itu, Al-Ahli.

Advertisements

Du-jae bakal menjadi pemain import terbaru pasukan itu selepas Kyung-won, Pedro Pavlov, Bryan, Kayque Campos, Oussama Noureddine, Matheus, Jonathan Viera, Ayman Rchoq, Fabricio Yan, Cheickna Doumbia dan Alhassane Tamboura.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram