Advertisement
Bojan Hodak Pacu Persib Bandung Muncul Juara Liga 1 Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
Madura United

Persib Bandung muncul juara Liga 1 Indonesia selepas menewaskan Madura United dalam aksi penentuan yang kedua berakhir dengan keputusan 3-1 dengan agregat (6-1).

Pada saingan pertama, skuad kendalian Bojan Hodak menang selesa dengan keputusan 3-0 Madura United. 

Persib Bandung mengekalkan kesebelasan utamanya seperti di perlawanan pertama dengan dibarisi Kevin Ray Mendoza, dan gandingan penyerang berbisa antara David Da Silva dan Ciro Alves.

Sementara Madura United dalam misi hidup mati untuk mencari 4 jaringan bagi mengesahkan kejuaraan Liga 1 Indonesia.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. Pemain tengah Persib Bandung, Marc Klok dimasukkan menggantikan Dedi Kusnandar yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-40 permainan akibat kecederaan.

Pada minit ke-61 permainan, penyerang berbisa Persib Bandung, David Da Silva membuka jaringan pertama pasukan sekaligus menjarakkan lagi jumlah agregat.

Pemain gantian pada separuh masa pertama, Marc Klok menggandakan jaringan kedua buat Persib Bandung pada minit ke-86 permainan.

Pada masa tambahan minit ke-92 permainan, Persib Bandung menutup pintu kejuaraan buat Madura apabila Beckham Putra Nugraha menjaringkan gol ketiga pasukan.

Madura United berjaya mendapatkan gol tunggal pertama perlawanan menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan Persib Bandung sebelum wisel penamat.

Perlawanan tamat Persib Bandung 3-1 Madura United. Madura United menamatkan tempat di tangga ke-2 Liga 1.

Magis Bojan Hodak memberikan kejuaraan ketiga Persib Bandung dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Sementara jtu, Borneo FC berjaya merangkul tempat ketiga bagi selepas menewaskan Bali United bagi saingan Liga 1 Indonesia.