Bojan Hodak Puji Pengadil Malaysia Di Hadapan Media Indonesia
MakanBola
Persib Bandung
Sponsors

Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak telah memberikan pujian terhadap prestasi dan keputusan pengadil dari Malaysia yang dijemput mengadili perlawanan Liga 1 Indonesia baru-baru ini.

Pengadil dari Malaysia yang dimaksudkan adalah Nazmi Nasaruddin yang merupakan pengadil bertauliah dari FIFA. Lebih manis lagi, pujian Bojan itu diungkapkan di hadapan media Indonesia.

Ad
Sponsors

Bojan melihat Nazmi sebagai salah seorang pengadil terbaik dalam Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan beliau juga berpendapat Nazmi mampu mengawal permainan walaupun ketika berada di dalam kesulitan.

Ad

“Pengadil dari Malaysia itu (Nazmi Nasaruddin) merupakan pengadil berlesen FIFA. Salah seorang pengadil terbaik di AFC.

“Saya rasa kalian dapat melihat perbezaannya. Dia boleh mengawal permainan, walaupun sulit, dia mampu mengawalnya,” jelas Bojan seperti yang dikongsikan Vivagoal di Tiktok.

Ad

Bojan berkata sedemikian selepas menyaksikan pasukan kendaliannya iaitu Persib Bandung berjaya menewaskan seterus tradisi, Persija Jakarta dalam saingan Liga 1 Indonesia baru-baru ini. Perlawanan tersebut diadili oleh Nazmi Nasaruddin.

Ad

Nazmi bukan sahaja mengadili perlawanan tersebut, tetapi turut dijemput untuk mengadili perlawanan lain di Liga 1 Indonesia yang menemukan Malut United dan Bali United.

Ad