Bojan Hodak Ubah Dua Penyerang Persib Jadi Berbisa
Asia Tenggara
Liga Indonesia Baru
Advertisements

Selepas Bojan Hodak dilantik sebagai jurulatih Persib Bandung pada Julai lalu, transformasi yang dibawa beliau mengagumkan penyokong.

Ini termasuk menjadikan duo Brazil, David da Silva dan Ciro Alves sebagai peledak berbisa dalam Liga 1 Indonesia musim ini.

Musim 2023-2024 menyaksikan da Silva dan Alves masing-masing meledakkan 14 dan 10 gol untuk Pangeran Biru.

Advertisements

Bisa dua penyerang Brazil ini memastikan Persib berada di tangga ketiga Liga 1 dengan 10 kemenangan, 10 seri dan tiga kekalahan.

Bagi kedua-dua penyerang ini, ini satu pencapaian yang bagus. Ini kerana bagi Alves, beliau sudah menyamai rekod 10 golnya pada musim lepas untuk separuh musim ini.

Sementara da Silva pula berpotensi melepasi 24 gol yang direkodkan musim lepas bila Liga 1 Indonesia kembali bersambung pada 3 Februari 2024.

Advertisements

Bekas penyerang Terengganu FC itu kini berkongsi kedudukan penjaring terbanyak liga dengan Junior Brandao (Bhayangkara) dan Gustavo Almeida (Persija Jakarta).

Ketiga-tiga penyerang ini meledakkan 14 gol dalam Liga 1. Sementara Alves pula berkongsi tangga keenam dengan Jefferson Assis (Bali United) dan Carlos Fortes (PSIS Semarang) dengan 10 gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram