Advertisements
“Bola Sepak Indonesia Sedang Membangun” – Shin Tae-yong
Asia
MakanBola
Timnas Indonesia

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mahu memberikan yang terbaik menentang Jepun untuk membuktikan bola sepak Indonesia sedang membangun.

“Sudah tentu Jepun pasukan pilihan utama. Perlawanan sukar buat Indonesia tetapi kami mahu tampilkan aksi cemerlang dan saya mahu tunjukkan bola sepak Indonesia sedang membangun.”

“Ada banyak senario untuk Indonesia layak ke pusingan 16 namun saya tidak mahu memikirkannya. Kami mahu fokus aksi berdepan Jepun terlebih dahulu.” ujar Shin Tae-yong.

“Iraq dan Indonesia sangat berbeza jadi saya tidak akan tiru apa yang Iraq lakukan kepada Jepun.” tambahnya lagi.

Iraq sebelum ini berjaya mengejutkan pasukan pilihan Jepun menerusi kemenangan 2-1 yang dijaringkan oleh Aymen Hussein.

Indonesia kini berada dalam situasi positif setelah berjaya menewaskan Vietnam untuk mencerahkan peluang mereka layak ke pusingan 16 Piala Asia.

Egy Maulana juga mendedahkan kesediaan pasukan Indonesia untuk menghadapi cabaran gergasi Asia, Jepun dan berharap dapat membolosi gawang gol Jepun pada separuh masa pertama bagi menewaskan Samurai Biru.

Jepun yang dikendalikan Hajime Moriyasu pula tewas mengejut kepada Iraq tempoh hari sekali gus meletakkan pasukan tersebut dalam tekanan untuk melepasi peringkat kumpulan D.

Aksi Jepun melawan Indonesia bakal dilangsungkan di Stadium Al Thumama manakala Iraq bakal bertemu Vietnam dalam aksi terakhir kumpulan D Piala Asia 2023.