Menurut satu ciapan di Twitter daripada wartawan astro arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau telah menyatakan bahawa Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan bahawa khidmat jurulatih skuad bawah 22 tahun Negara, Brad Maloney akan terus dikekalkan.
Sebelum ini, status Brad Maloney menjadi tanda tanya oleh kerana beliau dikatakan tidak memberi maklum balas berkenaan kontrak yang ditawarkan oleh FAM.
Difahamkan, kontrak dua tahun dilanjutkan oleh FAM kepada jurulatih kelahiran Australia itu selepas pencapainnya membawa skuad muda negara ke Piala Asia B23 tahun 2022 yang akan berlangsung di Uzbekistan nanti.
FAM kekalkan khidmat Brad Maloney sebagai jurulatih B22 negara apabila kontrak jurulatih dari Australia itu dilanjutkan dua tahun lagi selepas mencapai KPI antaranya membawa skuad muda negara ke Piala Asia B23 2022 di Uzbekistan.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 27, 2021Ad
Brad Maloney akan mengemudi skuad muda negara dalam kejohanan besar yang akan berlangsung tahun hadapan seperti Piala AFF B-23 di Kemboja pada Februari, Sukan Sea Vietnam pada Mei, Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada Jun dan sesi kelayakan Sukan Olimpik Paris, 2023.