Status Brad Maloney Masih Jadi Tanda Tanya
Asia
FAM Official
Advertisements

Status jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Brad Maloney menjadi tanda tanya apabila jurulatih berpengalaman itu masih belum memberikan maklum balas berkenaan kontrak baru yang ditawarkan oleh FAM.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum itu telah menawarkan penyambungan kontrak kepada Brad Maloney. Ini sebagai persediaan awal untuk skuad muda negara yang dijangka akan melalui beberapa siri perlawanan di luar negara, tahun hadapan.

Brad Maloney ketika ini sedang bercuti di tanah airnya, Australia. Setiausaha agung FAM, Saifuddin Abu Bakar menjelaskan bahawa pihaknya sudah memberikan surat tawaran pada minggu lalu, untuk perlanjutan kontrak dan pembentangan perancangan buat pasukan.

Advertisements

“Akan ada perlawanan persahabatan di luar negara sebagai persiapan untuk Piala Asia Bawah 23 tahun. Maloney sedang bercuti, bila dia balik, kami akan sahkan sama ada dia terima atau tidak tawaran tersebut.”

“Jika beliau tidak terima, maka kita perlu bercakap dengan jawatankuasa teknikal untuk melihat siapa yang ada,” jelas Saifuddin kepada NST.

Jurulatih yang berusia 49 tahun itu bakal membawa skuad muda negara beraksi dalam beberapa kejohanan besar. Setelah skuad Maloney ini berjaya menjadi juara kumpulan pada siri kelayakan Piala Asia tempoh hari, ramai yang mengharapkan skuad ini meneruskan momentum terbaik tahun hadapan.

Advertisements

Antara kejohanan yang bakal dihadapi skuad bawah 23 tahun negara adalah Piala AFF B-23 di Kemboja pada Februari, Sukan Sea Vietnam pada Mei, Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada Jun dan sesi kelayakan Sukan Olimpik Paris, 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram