Advertising
Brendan Gan Teruja Lihat Perubahan Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pemain tengah KL City FC, Brendan Gan mengakui cukup teruja melihat perubahan yang melanda struktur pengurusan Harimau Malaya.

Struktur baru pengurusan skuad kebangsaan menyaksikan Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain masing-masing dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya dan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23).

Ad

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengumumkan pelantikan Rob Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya dan Dr. Craig Duncan sebagai Ketua Prestasi Tinggi & Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan.

Ad

Brendan melihat kehadiran figura-figura baru ini memiliki visi untuk membawa Harimau Malaya ke hadapan.

“Saya fikir ia satu detik yang mengujakan buat Malaysia. Anda tahu dengan staf (kejurulatihan baru) dan pengurusan yang tiba, mereka memiliki visi hebat apa yang mereka boleh lakukan untuk Malaysia, untuk membawa pasukan ke hadapan dan kejayaan yang mereka mahu.

Ad

“Dan saya percaya itu sangat penting untuk mempunyai penanda aras apa yang kita mahu capai. Saya fikir kumpulan pemain ini akan beraksi dengan baik bersama pengurusan dan staf kejurulatihan baru,” katanya selepas program Jelajah Trofi Shopee Cup.

Ad

Sejak membuat kemunculan pertama pada 2016 semasa era Datuk Ong Kim Swee, Brendan telah merekodkan 38 penampilan dan satu gol buat Harimau Malaya.

Ad