Brunei Berisiko Digantung FIFA
Asia Tenggara
FABD
Advertisements

Kedudukan Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) kini dalam bahaya susulan tindakan menggantung presiden mereka baru-baru ini.

Pada 17 November lalu, Jawatankuasa FABD mengumumkan Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan digantung daripada jawatannya sebagai Presiden FABD.

FABD turut mengumumkan Setiausaha Agung FABD, Mohammad Shahnon bin Mohd Salleh dipecat daripada jawatannya itu.

Advertisements

Susulan itu, dua figura berkenaan mengadakan satu sidang media di ibu pejabat FABD pada 20 November lalu bagi menjelaskan situasi yang menyelubungi organisasi itu.

Pengiran Haji Matusin mengingatkan badan induk bola sepak Brunei itu bahawa tindakan penggantungan tersebut boleh dianggap sebagai satu bentuk campur tangan oleh FIFA.

Sekiranya organisasi itu gagal memberi jawapan memuaskan kepada FIFA berkenaan hal tersebut, Brunei berdepan risiko dikenakan penggantungan oleh FIFA.

Advertisements

Ini sekaligus bakal menyukarkan aktiviti bola sepak di negara itu termasuk penyertaan DPMM FC dalam saingan Singapore Premier League (SPL).

“Sekiranya digantung, kita akan kehilangan segala-galanya dan tidak boleh bertanding dalam SPL. Ini antara kesan awal (daripada isu ini),” katanya seperti dilaporkan oleh Borneo Bulletin.

Kini, Brunei perlu berharap isu ini dapat diselesaikan segera bagi memastikan ia tidak menjejaskan agenda bola sepak negara itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram