Pendatang baharu Liga Super Malaysia 2025/26, Brunei DPMM telah memadam hantaran berhubung dua pemain Malaysia.
Kelab terkemuka Asia Tenggara itu rancak melakukan perpindahan bagi memantapkan pasukan bagi musim baharu sekali gus berpotensi untuk mencabar tangga teratas Liga Super.
Kenyataan kelab sebelum ini telah mengumumkan beberapa berita perpindahan pemain Malaysia dengan bekas tonggak Penang FC, Fairuz Zakaria bakal menyertai Brunei DPMM.
Bukan itu sahaja, pasukan yang beraksi di Singapore Premier League (SPL) musim lalu ini dikatakan telah memetrai khidmat pertahanan Perak FC, Tommy Mawat bersama-sama Ramadhan Sananta.
Namun begitu, Brunei DPMM dikesan telah memadam kenyataan berhubung dua pemain Malaysia iaitu Sergio Aguero dan juga Endrick Dos Santos.
Tonggak naturalisasi kelahiran Argentina itu dikaitkan dengan perpindahan ke Brunei DPMM namun kenyataan yang disiarkan tersebut telah dipadam – sama seperti berita mengenai Endrick ke kelab itu.
Brunei DPMM juga telah memuktamadkan perjanjian untuk mendapatkan pemain muda Botafogo FC, Kaio Santos untuk mengemudi jentera tengah pasukan.