Advertisements
Bruno Fernandes Minta Maaf Kepada Ten Hag
EPL
MakanBola
Manchester United

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes mendedahkan beliau berhubung dengan Erik ten Hag dan memohon maaf kepadanya.

Jurulatih Belanda berusia 54 tahun itu dipecat United susulan prestasi tidak menentu pasukan itu sejak awal musim 2024/25. Susulan itu, The Red Devils mengumumkan Ruben Amorim sebagai pengganti ten Hag.

Antara keputusan pengurus Belanda itu ialah menjadikan Fernandes sebagai kapten menggantikan Harry Maguire. Meskipun pemain perancang Portugal itu kerap menerima kritikan atas perilakunya, ten Hag tetap setia dengan beliau sebagai kapten pasukan.

Dan bagi Fernandes, pemain-pemain United termasuk dirinya juga perlu bertanggungjawab atas prestasi buruk yang dialami pasukan.

“Ia tidak bagus untuk sesiapa di kelab apabila pengurus (Erik ten Hag) dipecat. Anda perlu menanggung sebahagian daripada kesalahan pada diri anda kerana pasukan yang tidak menunjukkan prestasi baik.

“Lebih mudah untuk memecat seorang jurulatih daripada 15 pemain. Saya bercakap dengan pengurus dan memohon maaf.

“Kita tidak menjaringkan gol dan saya rasa bertanggungjawab. Saya selalunya menjaringkan banyak gol tetapi saya sentiasa berikan 100% dan beliau sedar tentang hal itu,” katanya kepada Sky Sports.

United meraih keputusan 1-1 dengan Chelsea dalam aksi terbaru liga. Moises Caicedo membantu Chelsea meraih satu mata selepas tuan rumah mendahului menerusi penalti Fernandes.

United kini menduduki tangga ke-13 dengan 12 mata selepas mengharungi 10 perlawanan. Kini, fokus pasukan itu beralih kepada Liga Europa UEFA dengan aksi menentang PAOK pada awal pagi 8 November.