“Bukan Kim Pan-gon Sahaja, Belasan Staf Dah Letak Jawatan & Ada Yang Dipecat”
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Kemelut yang melanda kem Harimau Malaya kembali menjadi bualan peminat bola sepak tanah air susulan khabar yang mengatakan bahawa ketua jurulatih, Kim Pan-gon akan meletak jawatan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai perkhabaran mengejutkan berkenaan keputusan pengendali kelahiran Korea Selatan itu.

Laporan menyebut bahawa Pan Gon dilaporkan mahu meninggalkan Skuad Harimau Malaya sungguhpun kontraknya baru sahaja disambung sehingga tahun 2025.

Advertisements

“Difahamkan, pengendali dari Korea Selatan itu dah hantar surat bersedia penamatan kontrak lebih awal ketika kontraknya berakhir hujung tahun depan.”

Satu lagi perkhabaran dikongsikan oleh penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Piang Shankly berkenaan kemelut yang melanda kem Harimau Malaya.

“Akhirnya Kim Pan-gon bukan tak tahan dengan Selatan, tapi Kelana Jaya.”

Advertisements

Beliau juga memberitahu bahawa bukan Pan-gon sahaja yang bersedia untuk meletak jawatan namun sudah belasa staf yang meletak jawatan dan beberapa daripadanya telah dipecat.

“Bukan dia dan barisan kejurulatihan sahaja yang bersedia utk meletak jawatan malah sudah belasan staf Kelana Jaya sudah meletak jawatan & ada yg dipecat,” ujar Piang Shakly di laman X.

Berdasarkan rekod, Malaysia tidak berjaya mencatatkan sebarang kemenangan dalam 5 perlawanan akhir (satu seri dan 4 kekalahan) termasuklah tewas dua aksi menentang Oman tempoh hari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram