Penjaga gol Selangor FC, Azim Al-Amin menyifatkan beraksi di pentas Asia bukanlah suatu perkara yang mudah.
Azim Al-Amin menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol utama Selangor menentang DH Cebu semalam. Beliau berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa bolos.
Pemain berusia 24 tahun itu akui kualiti yang berbeza diantara jaguh Korea Selatan dan Malaysia. Bagi beliau, impaknya tidak akan sama.
“Bukan senang untuk sampai ke peringkat ini, walaupun pasukan Korea, Jeonbuk Hyundai Motors menang 6-0 ke atas DH Cebu, tak semestinya kita pun boleh menang besar ke atas mereka. Tidak boleh anggap lebih daripada itu.
Azim dalam pada itu menganggap perlawanan semalam beliau tidak banyak diuji. Aksi semalam lebih kepada penguasaan bola.
“Prestasi saya dalam perlawanan ini tidak banyak diuji, lebih menggunakan kaki sahaja. Tidak boleh nak cakap apa-apa,” kata Azim selepas tamat perlawanan semalam di Stadium MBPJ.
“Terpulang kepada jurulatih, jika saya diberi peluang saya buat yang terbaik insyAllah.
Ketika ini, The Red Giants berada di tangga kedua liga dengan 4 mata sementara DH Cebu kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
Selepas ini skuad kendalian Nidzam Jamil akan berdepan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors pada 23 Oktober ini.