Kelab Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC memberikan dua kelab dubai malu besar.
Pasukan kendalian Jacob Joseph kini berada di Dubai bagi menjalani persiapan dengan bertemu beberapa kelab terkemuka di sana.
Hal ini selaras dengan visi pemilik kelab Bukit Tambun, Datuk Razalif Mohamad Zain yang mahu pasukannya lebih bersedia untuk memburu kejuaraan.
Beliau telah meletakkan sasaran agar pasukan tersebut mampu untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan di tangga ketiga Liga A1.
Kemajuan memberangsangkan dipamerkan oleh Bukit Tambun yang kini dijenamakan kepada Brotherkita FC apabila berjaya mengikat pasukan Divisyen 2 UAE, Royal FC Dubai dengan keputusan 1-1.
Satu lagi keputusan memberangsangkan berjaya dicipta oleh Bukit Tambun apabila mengejutkan Madaenat FC dengan kemenangan 2-0.
Rekod ini sekaligus menyaksikan pasukan Liga A1 itu tidak tewas dalam dua perlawanan yang diharungi ketika ini.
Aksi ketiga Bukit Tambun dijangka menghadapi kelab terkemuka UAE, Kalba FC sebelum pulang ke tanah air hasil menjalani aksi persahabatan selama satu minggu di Dubai.