Buriram United Beli 3 Pertahanan, Jadi Pengganti Dion Cools?
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Juara Thai League 1, Buriram United membawa masuk tonggak pertahanan import sekaligus mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan Dion Cools.

Buriram United antara pasukan Thailand yang rancak berbelanja besar setelah kehilangan beberapa tonggak penting pasukan musim lalu.

Ad

Antara perpindahan besar yang mengejutkan arena bola sepak Asia Tenggara ialah kepulangan penjaga gol Filipina, Neil Etheridge untuk beraksi di sini selepas kali terakhir bersama Birmingham City.

Ad

Masa depan kapten Harimau Malaya, Dion Cools mula menjadi tanda tanya peminat tempatan selepas Buriram rancak membawa masuk tonggak pertahanan baru.

Buriram United yang bakal dibimbing oleh jurulatih baharu iaitu Osmar Loss Viera telah mendapat tiga tonggak pertahanan baru.

Ad

Pemain berstatus besar yang berjaya dibawa masuk ialah pertahanan Australia, Curtis Good yang pernah beraksi di EPL bersama Newcastle United.

Ad

Bukan itu sahaja, pasukan yang terkenal dengan jolokan Thunder Castle itu membawa masuk dua pertahanan kental iaitu Marcelo Djalo dan juga Charalampos Charalampous.

Ad

Hal ini menyaksikan persaingan sengit pada posisi pertahanan dengan pasukan sudah memiliki nama seperti Kim Min-hyeok, Dion Cools dan Jefferson Tabinas pada posisi tersebut.

Menurut laman Transfermarkt, kontrak Cools telah berakhir pada 30 Jun 2024 yang lalu sekaligus mencetuskan tanda tanya mengenai masa depannya.

View this post on Instagram

A post shared by BURIRAM UNITED (@buriramunitedofficial)

Bekas pertahanan Club Brugge itu dikaitkan dengan kepulangan ke Eropah dengan Belgium dijangka menjadi destinasi baharunya.