Juara Thai League 1, Buriram United memberi peringatan awal kepada wakil Malaysia, KL City.
Skuad besar jiran itu merupakan antara kelab terbesar di Asia Tenggara apabila berada di belakang JDT ketika ini.
Thunder Castle bagaimanapun diundi dalam satu kumpulan bersama The City Boys bagi aksi Shopee Cup 2024.
Penyertaan Buriram United berlangsung serius dengan kelab Thailand itu optimis untuk memperagakan aksi terbaik dalam kejohanan tersebut.
Perkara ini dinyatakan oleh Pemilik Kelab Buriram United, Newin Chidchob yang mahu melihat pasukannya menjulang semua kejuaraan yang tersedia.
“Saya tidak mahu tamak tahun ini, tetapi saya mahu memenangi setiap trofi.
“Liga 1 Thailand, Piala Chang FA, Piala Revo dan Piala Shopee semuanya akan berada di Buriram. Kami mesti nombor 1,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Aksi antara Buriram United dan KL City dijadualkan berlangsung pada 6 Februari 2025 di Thailand.
Sebagai rekod, KL City juga pasti memberikan cabaran hebat apabila pernah muncul naib juara Piala AFC 2022.
Ketika ini, pasukan bimbingan Miroslav Kuljanac berada di tangga ketiga Liga Super dengan 11 mata selepas 6 perlawanan.